Oct 31, 2010

ba-ro-kaf-ro-ya-alif

Assalamualaikum.

selamat berpetang.




BERKARYA adalah sebahagian daripada aktiviti yang memberi makna kepada artis. Ianya bergantung kepada sejauh mana bakat yang ada dan dedikasi dalam menampilkan satu cetusan karya. 



Situasi ini, memerlukan kemahiran mengolah dalam bahasa visual yang mendekatkan lagi kita dengan rahsia di sebalik penciptaan karya itu. Walaupun satu penghasilan seni tampak bukan semudah yang disebut, namun jika digagahi dengan kesungguhan, akan terhasil sesuatu yang dapat mengisi ketidakpuasan hati sendiri dan merangsang minda audiens untuk berfikir apa yang tersirat di sebalik pernyataan tampak. Untuk itu perlu ada strategi dan visi yang jelas, untuk apa dan kenapa hendak menghasilkannya?








Sentuhan rasa dan persepsi yang dipandu oleh pemikiran dalam menguasai warna, garis, ton dan ruang adalah suatu rahsia di sebalik sesebuah karya. Untuk memulakannya, patut kita berbalik kepada ilmu seni dan tafsiran seni itu yang tidak mengongkong hanya pada kanvas atau di dalam studio semata-mata. Penghasilan seni bukan hanya terhenti setelah karya itu siap dan dipamerkan. Ada lagi destinasi lain yang menyentuh gerak rasa, gerak hati dan gerak fikir yang mengajak kita sebagai pembuat seni untuk bersama berkongsi secara terbuka dan mengubah pemikiran orang ramai.


"Adakah karya yang dipamerkan itu membawa persoalan yang relevan dengan sosio budaya, isu terkini atau di sebaliknya? Kita juga dapat bertanya pada diri sendiri adakah karya yang dihasilkan sudah cukup matang? Juga perlu ditanya adakah kesinambungan idea dari karya itu dapat dilanjutkan ke pameran akan datang?"


Untuk membaca sesuatu hasil seni tampak bukannya seperti membaca sebuah buku. Ia memerlukan tatapan minda untuk mentafsir dan menterjemah bahasa visual itu kepada kefahaman seseorang yang berbeza latar belakang dan kefahaman. Perkara ini selalu diingati oleh pembuat seni yang setiap kali berpameran mencuba sesuatu yang boleh mendekati golongan pemerhati untuk terpukau dan menyatakan kepada diri sendiri bahawa ada suatu rahsia yang menarik di dalam karya ini.
Sesungguhnya artis perlu berpameran dan apakah tujuan berpameran itu? Artis perlu menterjemah dan membuat interpritasi secara teliti dari bahasa visual ke bahasa verbal supaya gagasan artis dapat sampai kepada audiens. Interpritasi itu harus ada di dalam katalog pameran yang sangat berharga untuk suatu ketika selepas pameran itu berakhir. Kehadiran buku lain juga berharga yang mendedahkan rahsia artis dalam mengolah idea, memeram dan menterjemahkannya ke atas kanvas, metal, kayu, batu atau apa saja bahan terbuang.


Semua persoalan ini akan mengisi jawapan kepada soalan kenapakah perlu artis bersusah payah untuk berkarya? 






Melalui sejarah, artis yang terus berjuang dalam seni segelintirnya akan terbelenggu dengan cita-cita sendiri malah tidak ada yang dijulang sehebat tokoh politik. Tanggapan masyarakat masih berada pada landasan yang sama dengan menganggap artis manusia biasa. Anggapan ini kalau dapat ditukarkan supaya manusia biasa yang digelar artis itu ada meninggalkan suatu khazanah kepada tamadun manusia melalui karya-karya seninya. Melalui khazanah seni itu terisi rahsia alam, ketuhanan, budaya dan pemikiran yang tidak ternilai. Sesungguhnya artis perlu berfungsi dan memulakan sesuatu secara praktikal iaitu bukan sekadar tahu membuat tetapi berilmu untuk mengkritik sebelum ia dikritik.



Dalam masa yang sama, artis juga menjadi audiens dan dalam ketika yang lain artis turut menjadi pengkritik. Seorang artis yang menunjukkan arah inovatif dalam melihat karya seni sebagai suatu seni visual yang unik akan mengambil masa untuk diterima ramai. Ia dikatakan membawa kelainan melalui inovatif penghasilan bentuk ke dalam ruang dan mengajak audiens melihat dari sudut pandangan yang luar biasa.


Audiens diajak untuk berfikir luar dari kebiasaan, di luar peraturan hidup dan inilah yang dikatakan unik dan kelainannya untuk seni. 



Untuk apakah artis perlu berkarya dan berpameran? Antara jawapannya secara ringkas ialah:


• Sebagai satu rakaman sejarah diri (rahsia diri), persekitaran, masyarakat dan budaya.


• Menghasilkan visualisasi kepada audiens yang tidak tahu apa yang telah, sedang dan akan berlaku.


• Pernyataan tampak dan perasaan artis sendiri tentang dunia realiti dan fantasi.


• Memusatkan karya kepada satu kepentingan untuk dihayati.


Kenyataan yang lazim kita dengar seperti sejauh manakah kemampuan artis berkreatif dalam mengeksploitasikan imej visual? Unsur kreatif dan kreativiti itu perlu dihayati dan diaplikasikan oleh seorang artis untuk berjaya mengangkat karya seninya atau mengagalkannya. Kenyataan ini sebenarnya merangsang artis untuk lebih bersemangat dan kemampuan artis meneruskan cita-cita berkarya.




Siapakah yang kreatif? Adakah artis itu lebih kreatif daripada insan-insan lain? Jika benar artis seorang insan yang kreatif, bagaimanakah mereka memperolehi kreativiti tersebut? Ini suatu persoalan yang selalu kita dengar dan jawapannya belum tentu dapat memenuhi kehendak semua pihak. Ada karya yang dihasilkan melalui cara artis memikirkan sesuatu yang di luar fikiran orang. Adakah karya sebegini dianggap karya yang kreatif?


Contoh penggunaan bentuk-bentuk dari objek asal berubah kepada objek yang lain yang berkonsepkan metamorphorsis. Artis dalam karyanya melihat imej asal dalam bentuk yang lain. Imaginasinya untuk menghasilkan bentuk asal dari keaslian yang sebenar bertukar menyamai bentuk-bentuk lain. Ada lukisan yang berbentuk lanskap diberi sentuhan warna yang tidak dijangka oleh audiens. Warna untuk pokok dan rumput dijadikan warna merah darah. Awan dan bayangnya bukan berwarna kelabu. Jalan raya diwarnakan dengan kuning. Penggunaan warna yang luar biasa telah mengubahkeadaan alam sebenar.





Barangkali artis hendak mengajar audiens untuk melihat keindahan alam sebenar bukan menerusi tingkap tetapi melalui lukisannya yang ganjil. Boleh juga menjadi kepercayaan kita bahawa warna-warna natural boleh dicipta kembali daripada imaginasi artis untuk membawa satu kejutan kepada orang ramai. Kedua-dua contoh gambaran dan imaginasi tadi adalah suatu penampilan yang lain daripada kebiasaan dan dianggap karya yang kreatif dilahirkan oleh insan kreatif. Adakah pendapat ini boleh diterima atau ada yang tidak bersetuju? Jika contoh tadi belum pernah dilakukan oleh orang lain dan dengan meninggalkan sesuatu yang pelik, adakah boleh diletakkan karya tadi sebagai suatu karya yang kreatif?




Kesimpulan kepada kita tentang apa yang sepatutnya terjadi memerlukan perubahan daripada yang asal kepada suatu penemuan baharu. Kedua-duanya menghasilkan kelainan untuk memperlihatkan personaliti masing-masing. Karya yang pertama cuba mencari kelainan melalui persoalan di sebalik metamorphosis,manakala karya kedua menampilkan warna sebenar ialah warna yang asli. Kedua-dua contoh karya ini mengajak kita berfikir bahawa sesuatu keaslian dari kreativiti itu adalah suatu yang terbalik dari kebiasaan yang asli. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?


Persoalannya siapakah yang kreatif? Adakah benar seorang artis itu lebih kreatif daripada manusia biasa? Atau mungkin benar, mungkin tidak dan bagi setengah pendapat untuk menjadi seorang yang kreatif, perlulah menghasilkan sesuatu yang baru. Ini bermakna perlu mencipta yang lain dari yang pernah wujud atas dasar kejujuran, minat, pengalaman dan kerajinan. 




Manakala antara artis dan audiens perlu dibina kreativiti supaya mata dan minda kedua-duanya terbuka. Perbandingan yang ditunjukkan tadi adalah dua contoh kelompok artis dalam mencari stail dan pengaruh. Perbandingan ini boleh dijadikan bahan dokumentasi yang ada rahsia di sebalik kreativitinya.


sekian~

Oct 30, 2010

apa itu seni TAMPAK?

Assalamualaikum.

Selamat bertengahari.

Seni Tampak mempunyai pelbagai tafsiran dan ianya berbeda(wahh, berbeda yaa..) mengikut setiap individu. Dan individu itu mestilah berautoriti dan berpendidikan untuk memberi tafsiran terhadap sesuatu itu. Bukan leh main sukesuke hati je nak bagi pendapat, unless u r somebody.ok?ok..Mari kita lihat beberapa pendapat orangorang hebat dalam seni tentang seni Tampak itu sendiri.

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan.

Dengan lain perkataan, komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh si penerima.

Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui .

Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni atau setidak-tidaknya , ia akan dapat menghargai objek tersebut .

Penyisihan atau penolakan akan berlaku apabila seseorang bertemu dengan objek yang ia tidak mempunyai pengetahuan tidaklah mempunyai pengetahuan mengenainya. Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada;
  • Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang
  • Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa .
  • Zaman atau era ( masa )


Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah pernyataan diri (art as self-expression). Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai seni , kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan bebas .

Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .

Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer , Gropius and Qropius ) – German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah seni Halus . Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri .

Pada tahun 1930an satu kajian telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project, University Of Minnesota – mengangkat slogan “ Art , a way of life” iaitu seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan . 

Antara jenisjenis seni tampak yang frequently kite lihat adelah:




Seni Lukisan






Seni Arca




Seni Anyaman


As u know, Seni Tampak tu seni yang nampak, yang obvious, yang zahir, yang lahiriah, yang takde selindungselindung, semuanya nampak jelas..contohnye cam atas ni la..nampak sebijiksebijik. Bukan cam seni tarian, seni lakon, seni suara..tu contoh seni yang taknampak la kan..(ade ke? huhu..)

ok cukop.

sekian~


irresistable.

ASSALAMUALAIKUM

SALAM SEJAHTERA
POS PERTAMA UNTUK PAGI 31 OKTOBER
DUARIBUSEPULUH.

ok..

maybe 

anda 

semua 

prasan

tentang 

beberapa 

ayat 

dan

perkataan 

dalam 

setiap 

entry 

aku 

pasal 

McDonalds 

kan..

ok, i admit it, mmg aku agak gile bab makan beger ni..lagilagi Mcd punye beger..korangkorang pon mesti cam aku gak kan??
lantak la aku bukan kesah pon korang suke ke x..!


ENTRY KALI INI BERTAJUK..

IRRESISTABLE!(betul ke aku eja?)

BUKAN IRRETWISTABLE.
ITU TWISTIES PUNYA TAGLINE.
OK LUPE TEKAN CAPSLOCK.

ok sudaa..
haa..cakap pasal twisties, 
ingin aku tujukan soalan ini kepada tokey kilang twisties..




kenape dah xde perisa sotong?
korang yg sebaya aku mesti pnah makan twisties prisa sotg kan?sedap seyhhhh....

(da gugel imej twisties prase sotg tu, yg kluar gambar paul the sotong yang da mati..ape jadahhh??)

tapi skarg da ade prisa tomato..sedap juge, jadi pevret aku selain Chacho's yang tersangat lazat tuu..ok lapa..


sile ke 7E yang terdekat utk mendapatkan sepeket chachos anda sendiri!!

gile jauh terpesong da aku ni..haha..berbalik kepada tajuk entry aku tadi iaitu 
'IRRESISTABLE', 
ianya bermaksud xtertahan, sgt menarek, dan sbgainye..

so, irresistable aku ni mrujuk kepada mcD yg sgt superb beger2nye..beger Otai pon sdap juger..ade nenas..hehehe..

ok, firstly, aku mmang suke Mcd since day one aku makan bigMac kat Mcd RnR mane tah..aku xigt, tapi yang pasti tyme tu mmang sangat heaven..darjah brape tah tyme tu...huuuu.........


dis is bigMac look-alike..look-alike ok..bile oder, bukan dpt camni pon..hehe, bese la, products may vary.

setelah puas mencoba bigMac, rase muak plak laa sebab cheese n so called meat dia agak melemaskan kerongkong..

so, selepas tu aku cube lak McChicken..

xde pe yg spesel pon mcchicken ni..
bese je..
just an ordinary chicken burger.
but mayb the chicken tu yg sdap..
ade rmpah2, pepper, lil bit spicy here n there kat ayam tu..
tapi cam bese la..sedap.
ngeee~~~

ok, selesai suda mnceritakan bab beger kat mcD..sedapsedap belaka semuanya..

as u know, seluruh dunia ni ade Mcd kan..
Jepun, Egypt, Thai, Dubai, China, manemane korang gi, mesti ade kan..
tu belum masuk macammacam jenis Mcd punye drivethru lagi..

ok mari tngok beberapa Mcd around the world.



kancis Dubai sdang enjoy makan McChicken. Die kne selak purdah tu sbelum me-ngap!




Makdunalz Dubai





McDelivery gune basikal..salute ah japanese...




ni rupe japanese Ronald McDonald..stylo siot..xde lgsung imej clown bodoh2..huhuhu..





McD Thailand





Kap kun kaaaapp!!






ok, ni adalah World's Largest McDonalds yang terletak di Orlando, Florida. This monstrous, two-storey McDonald's restaurant ini termasuklah 25,000 kaki persegi playground yang sgt seswaaiii untuk budakbudak gile padang pmainan, leh main dalam kawasan indoor yg sgt luas ini.. giler syokkk...budakbudak pon leh jadi sewel.
aku pon sewel,hahaha..!!



sekian untuk pagi ini....
perut da bunyi, lapo seyhhhh..
ke MCD Rawang la jawabnye ni..
hakhakhak..

Seni lain bakal di-entry-kan dalam blog ini..
selalalalalamat pagi..

sekian.~


SENI dalam PENDIDIKAN

Assalamualaikum..

Selamat malam..

McChicken sedap.

Pos terbaru selepas raya..

Malam ini mungkin agak skema ye adekadek.
Sebab kali ini aku akan me'rungkai'kan tentang Seni dalam Pendidikan..(ouh, skemaaa...)

Seni ni mudah saje sbenarnya..as long as anda semua wat sumthing lain dari yang lain dalam watever u do. Pastu nanti orang dok tgok pelik jer, and komfem orang akan cakap camni ;

"huuiiii...berseni la budak ni..nak gi jamban pon kene guling2..penuh dgan estetika dia ni..msti student Dr Roskang ni.."

Tapi untung la kalau anda kene puji..
kalau naseb anda kurang baik sebab salah berak tido, kompem anda kene maki camni ;

"ape kejadahnye budak ni, hina btul..wooiii orang kampong, mai pukol budak ni..cepat2!"
***DUSH!DUSH!DUSH!*** 

ok merepek.
sile bace penerangan dan pe'rungkai'an tentang 
Seni dalam Pendidikan.




Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006)
"asas pendidikan di rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. "
Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

  • Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. 

Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

  • Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

  • Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

  • Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
  • Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. 

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Ok cukop kot..
jadi, bersenilah anda sebelum markah Seni anda di'seni'kan..

sekian.